Setiap kali aku tengok profile ang , mesti aku rasa sedih . Aku macam tak percaya ang dah takda .Aku tahu , setiap orang yang dah pergi , tak akan kembali ke dunia nie . Ajal maut semua di tangan Tuhan iaitu Allah S.W.T . Tidak kisah lah , yang sihat , yang sakit , yang tua , muda , kanak-kanak dan bayi semua orang akan mati juga satu hari nanti . . Tak ada sesiapa yang dapat menafikan semua ini . . Aku sedih sangat . . Teringat time birthday ang hari tu , 26 . 11 . 2011 hari tu , ramai orang wish ang wei . Aku pon tak lari dari wish birthday ang wei . Tapi sayang , ang tak boleh baca semua tu sebab ang dah takda . Aku terkilan wei , dan aku menyesal sangat aku layan ang teruk sewaktu ang hidup dulu . Aku minta maaf wei . Aku bukan sengaja nak layan ang teruk , tetapi dengan perangai hang yang nakal tu membuatkan aku layan ang teruk . Aku minta maaf wei dari hujung rambut sampai hujung kaki . . Maafkan aku wei . Aku sedih setiap kali aku tengok Wall FB ang . Ramai yang tak percaya ang dah takda . Tapi , sebagai umat Islam aku kena terima dengan Redha yang ang dah takda . . Hanya mendoakan yang terbaik untuk ang saja hanya mampu aku buat . . Sedih sangat . . :'( Apa-apa pon aku doakan ang berada di kalangan orang beriman dan semoga ang bahagia di atas sana . Amin . . Miss you alwaysss ~
AL - FATIHAH . .
No comments:
Post a Comment